Air mata ..Padamkan Api Neraka

Jenis-Jenis Air mata

Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana ikut-ikutan orang menangis.

10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan

menangis.”(An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir dan tumpah ruah dunia ini. Sumber nya adalah dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori ole debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Sungguh manis air ini.” Nabi Adam mendengar lalu menyangka burung itu menertawakanya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Junjungan Mulia bersabda

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

3 thoughts on “Air mata ..Padamkan Api Neraka”

    1. Alhamdulilah, terima kasih ya widya.🙂
      Semoga widya mendapatkan nilai terbaik dalam mata kuliah ini dan juga mata kuliah lainnya.

  1. ass wr wb.

    apa kabar bu? mudah2an baik. bu terima kasih ya kemaren saya sidang alhamdulillah lancar. bu boleh tanya tidak kira2 saya lu2s nggak ya? hehehehhe^-^.

    terima kasih
    salam hormat
    hasan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s